Thursday, 7 July 2011

SALAM… PENGHUBUNG KASIH PENGIKAT JIWA

SALAM… PENGHUBUNG KASIH PENGIKAT JIWA
بسم الله الرحمن الرحيم...
Assalamualaikum  Warahmatullahi Taala Wa Barakatuh…
Ahlan Wa sahlan, Selamat Datang ke ruangan ini…
Segala nasihat dan tunjuk ajar sahabat2 semua sangat2 diharapkan…
Semoga ruangan ini menjadi wadah dalam perjalanan dakwah ini…
Selamat membaca dan semoga bermanfaat untuk diri saya dan sahabat2 semua…

KEISTIMEWAAN SALAM…
            Sejak kecil hingga kita dewasa, selalu sahaja kita dinasihatkan untuk sentiasa memberi salam sesama kita… Kenapa ya?? “Ndak mau la bagi salam, bukannya kenal orang tu”, “Nanti kalau bagi salam, bukannya dia jawab pun, buang masa ja” Seringkali frasa2 ini berlegar dalam ruangan fikiran kita… Namun, ketahuilah bahawa hakikat salam mempunyai pengertian yang cukup mendalam…

1)   Salah satu hak sesama muslim
“ Hak seorang muslim sesama muslim ada enam, iaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam…”.
(H.R Muslim dan Abu Hurairah)
Maka dengan memberi salam kita sudah memenuhi salah satu hak sesama kita.

2)    Permulaan ukhuwah
Pernahkah kita berselisih dengan saudara seagama kita yang mulanya berwajah muram, namun selepas kita memberi salam, mereka tersenyum pada kita. Apakah perasaan kita ketika itu? Gembira, sudah pasti… Subhanallah, indahnya ucapan salam ini… Dengan sekelip mata dapat mengubah reaksi wajah seseorang…

3)    Saling mendoakan
Kita digalakkan untuk sentiasa berdoa dan saling mendoakan, maka salam merupakan salah satu doa yang ringkas dan mudah dilafazkan dan sesiapa yang melafazkannya ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala… Masya Allah, mudahnya dapat pahala kan…

Memberi salam sunat hukumnya, namun kelebihannya yang sangat besar sehinggakan mereka yang mendengarkan ucapan salam wajib untuk menjawabnya, bahkan digalakkan untuk menjawab dengan lafaz yang lebih baik… Oleh itu, saya mengajak diri saya dan sahabat2 semua, marilah kita sebarkan salam sesama kita agar hubungan yang terjalin semakin erat…