Monday, 11 June 2012

ADA APA DENGAN TIKET?!


" Assalamualaikum, anak abah sihat?"
"Waalaikumussalam, alhamdulillah. Abah sihat?"
" Alhamdulillah, sihat, jadi pulang bila?"
" Insya Allah 10 Julai ni, doakan ya"
"10 Julai, ada kawan ka?"
" Ramai ja kawan, insya Allah"
" Nda mau pulang awal? Lama juga tu mau tunggu 10 Julai…"
" Boleh ka? Tapi mesti kena tambah bayaran tu"
" Ok ja bha… Berapa juga?"
" Dalam RMXX juga la…"
"Ok ja bha tu, nah, nanti bincang dengan Umi ya"

Subhanallah, perkara yang tak pernah tergambar dalam fikiran, nampak macam benda simple, tapi bila dah rasa sendiri, sangat rasa kasih sayang Allah yang diberi melalui Abah dan Umi…
Kita semua pastinya pernah merasakan situasi yang lebih kurang sama kan? Pernahkah kita terfikir bahawa itu semua adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana dan apa yang kita akan lakukan bila mendapat nikmat? Namun hakikatnya, seluruh kehidupan kita adalah ujian, dari bangun tidur waktu pagi sehinggalah kita bangun semula esok paginya (andai masih diberi kesempatan untuk membuka mata)
Maka ucapkan "Alhamdulillah", zikir yang paling mudah untuk kita menggambarkan rasa terima kasih kita kepada Allah swt yang telah memberi kita nikmat yang tidak terhitung…

وإن تعدوا نعمت الله لا تحصوها}}
'Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya' (14:34)

" Maaf, tiada seat kosong la tuk tarikh tu, tapi saya letak kamu dalam waiting list ya"

Sekali lagi, diri yang kerdil ini teruji, penantian yang tak berpenghujung, tapi sayangnya Allah dengan kita, Dia beri rezeki yang lain pula, selang beberapa minit Umi telefon saya berulang kali, and that was the first time I talked with my mother again and again in a day (kalau selalu at least seminggu sekali la, huhu..)

ولا تايئسوا من روح الله}}
'Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah' (12:87)

" Maaf la, memang tiada kosong, tapi nda pa, saya letak nama kamu dalam waiting list  untuk masa-masa terdekat ni ya, nanti kalau ada apa-apa saya call semula"

Alhamdulillah, Allah masih memberikan kasih sayangNya pada hambaNya yang kerdil ni untuk berharap hanya padaNya, dan tidak sedikit pun berharap dengan orang lain (dan tak layak pun nak meminta selain Dia)

'Mungkin selama ni saya mengharap kawan untuk dapatkan tiket tu sedangkan Allah lah yang mengatur segalanya, astaghfirullah'

Kan Allah dah pesan wahai diri melalui ayat-ayat cintaNya

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب}}
'Dan apabila hamba-hambaMu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat' (2:186)

Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang takkan kita temui sekelip mata, mungkin setelah sejam, sehari atau mungkin selepas bertahun barulah kita menyedari hikmah tersebut. Maka jangan pernah bersangka buruk kepada Allah, sentiasalah ucapkan 'Alhamdulillah' dalam apa juga perkara yang berlaku dalam hidup kita…
أنا عند ظني عبدي بي] ]
'Sesungguhnya Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…' (hadis Kudsi)


Nota buat diri  yang sering lupa…



Thursday, 7 June 2012


MY FAMILY… ALWAYS AND FOREVER

September 2010, pertama kali menjejakkan kaki di Bumi para anbiya', bumi kelahiran mujaddid agung al-Banna, terasa masa sangat cepat berlalu, tetapi itulah fitrah manusia, yang cepat sangat lupa, kata-kata seorang sahabat mengingatkan saya : sekarang memang kita rasa masa cepat berlalu, sebab kita dah lalui semua itu, tetapi sebelum ni, kita kata, lambatnya masa berjalan, betul tak? (Dush, rasa batu besar menghempap kepala) Ya, saya sebagai seorang manusia biasa, juga tidak lepas dari alpa dan leka… Tapi, Alhamdulillah, itulah indahnya nikmat ukhuwwah, kita ada sahabat yang selalu mengingatkan kita bila kita lalai…

" Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya" [Kalam saidina Ali kwh]

Merekalah family saya, merekalah adik-beradik saya, susah senang dirasai bersama, kekadang terasa ikatan yang terbina lebih rapat berbanding adik-beradik seibu sebapa… Dan itulah hakikatnya… Terimbas kembali kisah sahabat ketika perang Badar, perang pertama antara musyrikin dan muslimin Mekah, di mana kaum muslimin terpaksa memerangi kaum keluarga mereka di pihak musyrikin, seperti Abu Hudzaifah yang memerangi ayahnya Utbah bin Rabi’ah yang berada di pihak musyrikin. Namun ikatan akidah melebihi ikatan keluarga meskipun ayah sendiri.

Hari ini, saat dan ketika ini, saya masih berpeluang menghirup udara di Lembah Nil ini, dikelilingi sahabat-sahabat yang cintakan kebaikan, rindukan kedamaian, dalam mencari redha Sang Pencipta…

Terima kasih Allah, atas nikmat ukhuwwah ini… Terima kasih kerana menghantarkan mereka untuk menemani hidup yang singkat di bumiMu ini… semoga nikmat ini dapat dikongsikan bersama semua orang di dunia, biar mereka tahu bahawa indahnya cinta keranaMu…

"ALL OF YOU ARE PART OF MY FAMILY AS LONG AS YOU BELIEVE THAT THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH AND MUHAMMAD (صلى الله عليه وسلم) IS THE MESENGGER OF ALLAH"




         " Don't you ever think that you want to be like me, as a robot, i have nothing, no family and no life, i just doing the same thing everyday"

Budak Baru Belajar

        Pejam, celik, pejam, celik, rupanya dah hampir setahun blog ni terbengkalai, kalau rumah, memang dah bersawang lah sebab dah lama ditinggalkan... Alhamdulillah, masih digerakkan hati untuk menulis walau pada mulanya dah takda semangat mau menulis, but still, we have to continue what we had start (betulkan kalau salah ye), saya pun mengambil  keputusan untuk menulis semula... 
         
       Semoga setelah ini akan lebih istiqamah lagi, kerana saya sedar, blog bukan sekadar mau menambah follower atau untuk menempah nama, tapi yang lebih penting apa yang disampaikan dalam blog tu terlebih dahulu diamalkan oleh si penulisnya, betul kan?! (peringatan buat diri sendiri, fuh...) 
         
        Semoga kita berlumba-lumba dalam mengajak semua kenalan, sahabat, sanak-saudara ke arah kebaikan.... 
And the most important thing is NAWAITU...
So, Jom sama-sama kita TAJDID NIAT dalam semua perkara...




    ( Macamana nak NIAT solat ni ye??)


                  Selamat menempuh hari-hari kita yang berbaki di dunia dengan menyebarkan kebaikan semampu yang boleh.... 

Thursday, 7 July 2011

SALAM… PENGHUBUNG KASIH PENGIKAT JIWA

SALAM… PENGHUBUNG KASIH PENGIKAT JIWA
بسم الله الرحمن الرحيم...
Assalamualaikum  Warahmatullahi Taala Wa Barakatuh…
Ahlan Wa sahlan, Selamat Datang ke ruangan ini…
Segala nasihat dan tunjuk ajar sahabat2 semua sangat2 diharapkan…
Semoga ruangan ini menjadi wadah dalam perjalanan dakwah ini…
Selamat membaca dan semoga bermanfaat untuk diri saya dan sahabat2 semua…

KEISTIMEWAAN SALAM…
            Sejak kecil hingga kita dewasa, selalu sahaja kita dinasihatkan untuk sentiasa memberi salam sesama kita… Kenapa ya?? “Ndak mau la bagi salam, bukannya kenal orang tu”, “Nanti kalau bagi salam, bukannya dia jawab pun, buang masa ja” Seringkali frasa2 ini berlegar dalam ruangan fikiran kita… Namun, ketahuilah bahawa hakikat salam mempunyai pengertian yang cukup mendalam…

1)   Salah satu hak sesama muslim
“ Hak seorang muslim sesama muslim ada enam, iaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam…”.
(H.R Muslim dan Abu Hurairah)
Maka dengan memberi salam kita sudah memenuhi salah satu hak sesama kita.

2)    Permulaan ukhuwah
Pernahkah kita berselisih dengan saudara seagama kita yang mulanya berwajah muram, namun selepas kita memberi salam, mereka tersenyum pada kita. Apakah perasaan kita ketika itu? Gembira, sudah pasti… Subhanallah, indahnya ucapan salam ini… Dengan sekelip mata dapat mengubah reaksi wajah seseorang…

3)    Saling mendoakan
Kita digalakkan untuk sentiasa berdoa dan saling mendoakan, maka salam merupakan salah satu doa yang ringkas dan mudah dilafazkan dan sesiapa yang melafazkannya ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala… Masya Allah, mudahnya dapat pahala kan…

Memberi salam sunat hukumnya, namun kelebihannya yang sangat besar sehinggakan mereka yang mendengarkan ucapan salam wajib untuk menjawabnya, bahkan digalakkan untuk menjawab dengan lafaz yang lebih baik… Oleh itu, saya mengajak diri saya dan sahabat2 semua, marilah kita sebarkan salam sesama kita agar hubungan yang terjalin semakin erat…