"
Assalamualaikum, anak abah sihat?"
"Waalaikumussalam,
alhamdulillah. Abah sihat?"
"
Alhamdulillah, sihat, jadi pulang bila?"
" Insya
Allah 10 Julai ni, doakan ya"
"10 Julai,
ada kawan ka?"
" Ramai ja
kawan, insya Allah"
" Nda mau
pulang awal? Lama juga tu mau tunggu 10 Julai…"
" Boleh ka?
Tapi mesti kena tambah bayaran tu"
" Ok ja bha…
Berapa juga?"
" Dalam
RMXX juga la…"
"Ok ja bha
tu, nah, nanti bincang dengan Umi ya"
Subhanallah, perkara
yang tak pernah tergambar dalam fikiran, nampak macam benda simple,
tapi bila dah rasa sendiri, sangat rasa kasih sayang Allah yang diberi melalui
Abah dan Umi…
Kita semua pastinya pernah merasakan situasi yang lebih kurang
sama kan? Pernahkah kita terfikir bahawa itu semua adalah ujian dariNya untuk
melihat sejauh mana dan apa yang kita akan lakukan bila mendapat nikmat? Namun
hakikatnya, seluruh kehidupan kita adalah ujian, dari bangun tidur waktu pagi
sehinggalah kita bangun semula esok paginya (andai
masih diberi kesempatan untuk membuka mata)
Maka ucapkan "Alhamdulillah", zikir
yang paling mudah untuk kita menggambarkan rasa terima kasih kita kepada Allah
swt yang telah memberi kita nikmat yang tidak terhitung…
وإن تعدوا نعمت الله لا تحصوها}}
'Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya' (14:34)
" Maaf, tiada seat
kosong la tuk tarikh tu, tapi saya letak kamu dalam waiting list ya"
Sekali lagi, diri yang kerdil ini
teruji, penantian yang tak berpenghujung, tapi sayangnya Allah dengan kita, Dia
beri rezeki yang lain pula, selang beberapa minit Umi telefon saya berulang
kali, and that was the first time I talked with my mother again and again in
a day (kalau
selalu at least seminggu sekali la, huhu..)
ولا تايئسوا من روح الله}}
'Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah' (12:87)
" Maaf la, memang tiada
kosong, tapi nda pa, saya letak nama kamu dalam waiting list untuk masa-masa terdekat ni ya, nanti kalau
ada apa-apa saya call semula"
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kasih sayangNya pada hambaNya yang kerdil ni
untuk berharap hanya padaNya, dan tidak sedikit pun berharap dengan orang lain (dan tak layak pun nak meminta selain
Dia)
'Mungkin selama ni saya mengharap kawan untuk dapatkan tiket tu
sedangkan Allah lah yang mengatur segalanya, astaghfirullah'
Kan Allah dah pesan wahai diri melalui ayat-ayat cintaNya…
وإذا سألك عبادي عني فإني قريب}}
'Dan
apabila hamba-hambaMu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat' (2:186)
Yakinlah bahawa Allah akan memberikan
yang terbaik dalam hidup kita, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini,
pasti ada hikmah yang tersembunyi yang takkan kita temui sekelip mata, mungkin
setelah sejam, sehari atau mungkin selepas bertahun barulah kita menyedari
hikmah tersebut. Maka jangan pernah bersangka buruk kepada Allah, sentiasalah
ucapkan 'Alhamdulillah' dalam apa juga perkara yang berlaku
dalam hidup kita…
أنا عند ظني عبدي بي] ]
'Sesungguhnya
Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…' (hadis Kudsi)
Nota buat diri yang sering lupa…

alhamdulillah, every little thing has a reason behind it. Allah knows what's best for all of us.
ReplyDeletejazakallah khair. nice entry, good job. keep up the good work.