Monday, 11 June 2012

ADA APA DENGAN TIKET?!


" Assalamualaikum, anak abah sihat?"
"Waalaikumussalam, alhamdulillah. Abah sihat?"
" Alhamdulillah, sihat, jadi pulang bila?"
" Insya Allah 10 Julai ni, doakan ya"
"10 Julai, ada kawan ka?"
" Ramai ja kawan, insya Allah"
" Nda mau pulang awal? Lama juga tu mau tunggu 10 Julai…"
" Boleh ka? Tapi mesti kena tambah bayaran tu"
" Ok ja bha… Berapa juga?"
" Dalam RMXX juga la…"
"Ok ja bha tu, nah, nanti bincang dengan Umi ya"

Subhanallah, perkara yang tak pernah tergambar dalam fikiran, nampak macam benda simple, tapi bila dah rasa sendiri, sangat rasa kasih sayang Allah yang diberi melalui Abah dan Umi…
Kita semua pastinya pernah merasakan situasi yang lebih kurang sama kan? Pernahkah kita terfikir bahawa itu semua adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana dan apa yang kita akan lakukan bila mendapat nikmat? Namun hakikatnya, seluruh kehidupan kita adalah ujian, dari bangun tidur waktu pagi sehinggalah kita bangun semula esok paginya (andai masih diberi kesempatan untuk membuka mata)
Maka ucapkan "Alhamdulillah", zikir yang paling mudah untuk kita menggambarkan rasa terima kasih kita kepada Allah swt yang telah memberi kita nikmat yang tidak terhitung…

وإن تعدوا نعمت الله لا تحصوها}}
'Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya' (14:34)

" Maaf, tiada seat kosong la tuk tarikh tu, tapi saya letak kamu dalam waiting list ya"

Sekali lagi, diri yang kerdil ini teruji, penantian yang tak berpenghujung, tapi sayangnya Allah dengan kita, Dia beri rezeki yang lain pula, selang beberapa minit Umi telefon saya berulang kali, and that was the first time I talked with my mother again and again in a day (kalau selalu at least seminggu sekali la, huhu..)

ولا تايئسوا من روح الله}}
'Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah' (12:87)

" Maaf la, memang tiada kosong, tapi nda pa, saya letak nama kamu dalam waiting list  untuk masa-masa terdekat ni ya, nanti kalau ada apa-apa saya call semula"

Alhamdulillah, Allah masih memberikan kasih sayangNya pada hambaNya yang kerdil ni untuk berharap hanya padaNya, dan tidak sedikit pun berharap dengan orang lain (dan tak layak pun nak meminta selain Dia)

'Mungkin selama ni saya mengharap kawan untuk dapatkan tiket tu sedangkan Allah lah yang mengatur segalanya, astaghfirullah'

Kan Allah dah pesan wahai diri melalui ayat-ayat cintaNya

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب}}
'Dan apabila hamba-hambaMu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat' (2:186)

Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang takkan kita temui sekelip mata, mungkin setelah sejam, sehari atau mungkin selepas bertahun barulah kita menyedari hikmah tersebut. Maka jangan pernah bersangka buruk kepada Allah, sentiasalah ucapkan 'Alhamdulillah' dalam apa juga perkara yang berlaku dalam hidup kita…
أنا عند ظني عبدي بي] ]
'Sesungguhnya Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…' (hadis Kudsi)


Nota buat diri  yang sering lupa…



1 comment:

  1. alhamdulillah, every little thing has a reason behind it. Allah knows what's best for all of us.

    jazakallah khair. nice entry, good job. keep up the good work.

    ReplyDelete